Untuk mendapatkan semula akses kepada perkhidmatan kami, ikut langkah di bawah:
- Kumpulkan dokumen yang diperlukan. Sila ambil perhatian bahawa hal ini akan berbeza-beza bergantung pada sebab anda menggunakan Western Union dan hubungan anda dengan individu atau entiti yang membuat urus niaga dengan anda. Anda perlu menyediakan sekurang-kurangnya ID foto keluaran kerajaan, dokumen yang berkaitan dengan tujuan anda menggunakan Western Union, bukti sumber dana dan sebarang dokumen tambahan yang boleh menyokong jawapan yang diberikan dalam soal selidik. Untuk maklumat lanjut, lawati bahagian Bantuan di westernunion.com.
- Lawati westernunion.com/gcr dan mulakan soal selidik pelanggan.
- Lengkapkan soal selidik pelanggan:
- Maklumat peribadi:
- Berikan nama pertama, nama tengah (pilihan) dan nama keluarga seperti yang tertera pada ID anda.
- Kongsi e-mel semasa, alamat fizikal dan nombor telefon bimbit anda. Sila pastikan anda memberikan alamat e-mel yang aktif untuk tujuan komunikasi.
- Nyatakan negara kelahiran anda.
- Pilih pekerjaan anda dan berikan penerangan tambahan jika perlu.
- Masukkan nombor penjejakan (MTCN) yang terkini jika ada.
- Muat naik salinan ID foto keluaran kerajaan yang sah.
- Hubungan:
- Senaraikan individu atau entiti yang telah membuat urus niaga dengan anda menggunakan Western Union.
- Bagi setiap individu atau entiti, masukkan nama penuh, hubungan, tujuan urus niaga dan muat naik dokumen sokongan.
- Sumber dana:
- Pilih sumber dana daripada senarai juntai bawah dan muat naik dokumen sokongan.
- Butiran pihak ketiga (jika anda membuat urus niaga bagi pihak orang lain ) (jika berkenaan):
- Terangkan tujuan urus niaga dan hubungan anda dengan pihak ketiga.
- Berikan butiran yang berkaitan dengan pihak ketiga.
- Penipuan (jika berkenaan):
- Nyatakan sama ada anda telah menjadi mangsa penipuan atau komplot.
- Jika ya, kongsi perihalan ringkas tentang perkara yang berlaku.
4. Semak ketepatan maklumat yang anda berikan.
5. Pilih Hantar soal selidik untuk melengkapkan proses.