Semua institusi kewangan, termasuk Western Union, dikehendaki mengumpul maklumat pengenalan diri tambahan untuk mengenali pelanggan mereka dengan lebih baik. Apabila kami mengetahui individu yang menghantar wang dan penerimanya, kami dapat membantu anda melindungi wang anda daripada digunakan untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang. 

 Nota: Anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun untuk menghantar atau menerima wang menggunakan Western Union. 

Kami mungkin akan meminta butiran tambahan daripada anda untuk mengesahkan identiti anda semasa menghantar wang dalam talian.