Matlamat kami adalah untuk memastikan perkhidmatan digital dan runcit kami kekal beroperasi di seluruh dunia, dengan mematuhi peraturan serta garis panduan tempatan.
Kami sentiasa berusaha untuk menambah baik perkhidmatan kami, seperti menambahkan cara baharu untuk mempercepat proses pengesahan ID dan menawarkan ciri penghantaran rumah di sesetengah negara.
Memandangkan keadaan sentiasa berubah, kami mengesyorkan pengguna yang mengalami sekatan tempatan yang disebabkan oleh COVID-19 agar melawati westernunion.com atau menggunakan aplikasi mudah alih kami untuk menghantar wang terus kepada akaun bank atau dompet digital. Perkhidmatan ini tersedia di lebih 100 negara buat masa ini.