Jika anda menerima e-mel daripada sesiapa sahaja yang mendakwa dari Western Union dan anda tidak pasti mengenainya, jangan klik pada sebarang pautan dalam mel tersebut. Ini mungkin cubaan "memancing data" untuk memperoleh maklumat sensitif daripada anda. Sebaliknya, segera hantarkan semula mel yang mencurigakan itu kepada malaysia.customer@westernunion.com.
Western Union tidak akan menghantar e-mel kepada anda untuk meminta ID pengguna, kata laluan atau butiran kad kredit anda.